Pages

my playlist

Rabu, 15 September 2010

Pembunuhan Sosilawati: Unit forensik temui beberapa objek dari Sungai Panchau

ANGGOTA polis dari unit forensik mendulang serpihan tulang atau barangan lain yang dibuang ke dalam sungai Panchau oleh suspek pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga individu lain dekat Tanjung Sepat. - Foto Rosdan Wahid


BANTING: Unit Forensik Polis hari ini menemui beberapa lagi objek yang dipercayai bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi lelaki lain di Sungai Panchau di sini.

Polis yang memulakan operasi pada jam 3.30 petang ini dilihat membawa beberapa objek termasuk satu bungkusan yang kelihatan seperti tulang di dalamnya.

Usaha pihak media untuk menghampiri kawasan itu bagi melihat dengan lebih jelas operasi itu gagal berikutan kawalan ketat dan media hanya dibenar berada kira-kira 100 meter dari kawasan itu. Operasi itu berakhir pada jam 5.30 petang.
Selain itu, polis juga memasang kain kanvas di tempat mereka beroperasi dan tindakan itu menyukarkan pihak media untuk melihat dengan jelas apa yang mereka lakukan dan objek yang dibawa naik dari sungai itu.

Turut kelihatan berada di lokasi operasi ialah Pengarah Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia, Datuk Abdul Malek Harun.

Ahad lalu, unit forensik menemui beberapa cebisan tulang dari dalam sungai yang sama.

Sosilawati, 47, bersama tiga individu iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.
Polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting. - Bernama

TIP RM55

bukan senang nak dapat tip nie... kene ge satu seminar tu yang berharga rm55 baru dapat... hehee~.. baru2 nie demam trial spm melanda.. hope korang dapat ikuti salah satu tip ini iaitu tip berjaga malam.. jaga malam?? wat pe tuu?? haha.. bace buku lah.. bagi sape2 yg memang boleh study time tngah malam jee... tip die mudah.. cuma sediakan KOPI+MADU+KICAP,.. gerenti berkesan.. tapi klu nak lebih berkesan, tambah jingko.. nak tau ape tu jingko?? ge tanye kat farmasi berdekatan anda.. x payah beli banyk2, beli 2000mg je.. lagi satu tip nak berjaga malam, beli air mineral+fiber kat farmasi... bende nie mampu memberi kita tenaga.. minum sblom ge skolah pun bleh bg sape2 yg slalu tidor kat skolah... nie je lah tip yg dapat di beri dahulu.. nak lagi tip tunggu okey... . .

Isnin, 13 September 2010

PERHATIAN...~~~~!!!!

HARAP BERSABAR. BLOG INI SEDANG DIKEMASKINI SEDIKIT DEMI SEDIKIT OLEH HERM HERM.. . HARAP ANDA SEMUA PARA BLOGGER DAPAT MELIHAT HASILNYA AKAN DATANG.. JANGAN TERKEJOT BEROK PULAK NANTI.. HEHE. TERIMA KASIH..

Selasa, 8 Disember 2009

Program "perjalanan ke istana" di negeri sembilan





abOut mE...


Nama aq muhammad muzakkir... orng panggil aq mozeck.. xtaw asal.. ade gak yg panggil zeck.. ikot mood diowang.. aq anak yg ke 4 drpd 5 adik-beradik.. menjadi abg bkn nyer mudah.. bnyk tanggungjawab nyerr... aq reka blog nie utk berkongsi2 crte ngan kowang.. ag pownaq ngah bosan.. x ada keje nk buat.. aq nie seorng yg open minded... hehee~~