
Kali ni maxis diorang tak buat pre-order, sebaliknya cuma buat pendaftaran untuk sesiapa yang berminat sahaja. Maklumat tentang minat pengguna terhadap iPhone 4 akan digunakan untuk menentukan jumlah order yang Maxis akan buat. Nampaknya Maxis pun agak berhati-hati kali ni, yelah takut bila dah bawak iPhone 4 banyak-banyak dan buat promotion gila-gila tapi orang tak nak dan tak sanggup beli sebab kecacatan antenna tu. Rugi besar kalau macam tu. So Maxis buat interest registration dulu, saje nak test the water.
Jadi sesiapa yang berminat, silalah daftar ye > Maxis iPhone 4 ehem.. kalau Maxis kasi iPhone 4 untuk program Maxis10 pun seronok gak. Tapi aku rasa itu tak akan berlaku.. hehe~
Berbalik kepada cerita antenna iPhone 4. Sebenarnya penyelesaian paling mudah letak selotep tu je - kan aku dah cakap sebelum ni. Kalau guna casing yang Apple nak bagi free tu, macam dah tak nampak la keseksian design iPhone 4. Orang beli sebab phone tu nampak cantik, nampak mahal.






0 comments:
Catat Ulasan