Pages

my playlist

Sabtu, 25 September 2010

Maxis iPhone 4 mula di jual

Apple tak akan tarik balik penjualan iPhone 4 walaupun iPhone 4 tu cacat sikit. haha~. Tengok betapa hebatnya diorang ni buat produk dan marketing, walaupun dah terang-terang kelemahan tu ada, orang masih berpusu-pusu nak beli iPhone 4. Dilaporkan 3 juta unit telah dijual dalam minggu ketiga selepas iPhone 4 dilancarkan.

(waah~ laku betol)
Mana satu pilihan anda?

Kali ni maxis diorang tak buat pre-order, sebaliknya cuma buat pendaftaran untuk sesiapa yang berminat sahaja. Maklumat tentang minat pengguna terhadap iPhone 4 akan digunakan untuk menentukan jumlah order yang Maxis akan buat. Nampaknya Maxis pun agak berhati-hati kali ni, yelah takut bila dah bawak iPhone 4 banyak-banyak dan buat promotion gila-gila tapi orang tak nak dan tak sanggup beli sebab kecacatan antenna tu. Rugi besar kalau macam tu. So Maxis buat interest registration dulu, saje nak test the water.

Jadi sesiapa yang berminat, silalah daftar ye > Maxis iPhone 4 ehem.. kalau Maxis kasi iPhone 4 untuk program Maxis10 pun seronok gak. Tapi aku rasa itu tak akan berlaku.. hehe~

Berbalik kepada cerita antenna iPhone 4. Sebenarnya penyelesaian paling mudah letak selotep tu je - kan aku dah cakap sebelum ni. Kalau guna casing yang Apple nak bagi free tu, macam dah tak nampak la keseksian design iPhone 4. Orang beli sebab phone tu nampak cantik, nampak mahal.

Jumaat, 17 September 2010

RAGAM TRIAL SPM

hari ini sudah dua hari trial spm berlansung.. macam2 ragam yg sudah kelihatan hari ini. tambahan pula sejarah paper 2 tengah hari tadi. ada yg tidor, garu kepala, pusing kiri n kanan, & mcm2 perbuatan yang aneh sebab semua terpinga-pinga dengan soalan yg begitu susah & m/pelajaran yang tak minat bagi kebanyakan orang ini.. apa2 pun bersiap sedia lah untuk paper seterusnya.. sabtu n ahad nie cuti, jadi ada lah masa yang banyak untuk buka2 buku balik.. usaha tangga kejayaan. sebanyak mana usaha yg di lakukan, banyak tu lah hasil yg kita dapat..


(tahniah sesiapa yang kena siram air sebab tidor waktu exam sejarah tadi... hahaha~)

Rabu, 15 September 2010

Pembunuhan Sosilawati: Unit forensik temui beberapa objek dari Sungai Panchau

ANGGOTA polis dari unit forensik mendulang serpihan tulang atau barangan lain yang dibuang ke dalam sungai Panchau oleh suspek pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga individu lain dekat Tanjung Sepat. - Foto Rosdan Wahid


BANTING: Unit Forensik Polis hari ini menemui beberapa lagi objek yang dipercayai bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi lelaki lain di Sungai Panchau di sini.

Polis yang memulakan operasi pada jam 3.30 petang ini dilihat membawa beberapa objek termasuk satu bungkusan yang kelihatan seperti tulang di dalamnya.

Usaha pihak media untuk menghampiri kawasan itu bagi melihat dengan lebih jelas operasi itu gagal berikutan kawalan ketat dan media hanya dibenar berada kira-kira 100 meter dari kawasan itu. Operasi itu berakhir pada jam 5.30 petang.
Selain itu, polis juga memasang kain kanvas di tempat mereka beroperasi dan tindakan itu menyukarkan pihak media untuk melihat dengan jelas apa yang mereka lakukan dan objek yang dibawa naik dari sungai itu.

Turut kelihatan berada di lokasi operasi ialah Pengarah Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia, Datuk Abdul Malek Harun.

Ahad lalu, unit forensik menemui beberapa cebisan tulang dari dalam sungai yang sama.

Sosilawati, 47, bersama tiga individu iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.
Polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting. - Bernama

TIP RM55

bukan senang nak dapat tip nie... kene ge satu seminar tu yang berharga rm55 baru dapat... hehee~.. baru2 nie demam trial spm melanda.. hope korang dapat ikuti salah satu tip ini iaitu tip berjaga malam.. jaga malam?? wat pe tuu?? haha.. bace buku lah.. bagi sape2 yg memang boleh study time tngah malam jee... tip die mudah.. cuma sediakan KOPI+MADU+KICAP,.. gerenti berkesan.. tapi klu nak lebih berkesan, tambah jingko.. nak tau ape tu jingko?? ge tanye kat farmasi berdekatan anda.. x payah beli banyk2, beli 2000mg je.. lagi satu tip nak berjaga malam, beli air mineral+fiber kat farmasi... bende nie mampu memberi kita tenaga.. minum sblom ge skolah pun bleh bg sape2 yg slalu tidor kat skolah... nie je lah tip yg dapat di beri dahulu.. nak lagi tip tunggu okey... . .

Isnin, 13 September 2010

PERHATIAN...~~~~!!!!

HARAP BERSABAR. BLOG INI SEDANG DIKEMASKINI SEDIKIT DEMI SEDIKIT OLEH HERM HERM.. . HARAP ANDA SEMUA PARA BLOGGER DAPAT MELIHAT HASILNYA AKAN DATANG.. JANGAN TERKEJOT BEROK PULAK NANTI.. HEHE. TERIMA KASIH..